Followers

Sunday, December 18, 2011

1st Checklist

[NOV 2011]
- kursus kahwin [26-27 nov]

NIKAH + PERSANDINGAN
-Tarikh/ tempat/ masa
-Theme color for Nikah [done]
-Pilih and confirm dengan bridal boutique [ done : deposit]
-Pilih Lokasi untuk majlis sanding [ done]
-Tema majlis persandingan [done]
-Warna Tema Pengantin [done]
-WarnaTema Keluarga [done]
-Warna Tema Dayang2 (Bridesmaid) [done]
-Warna tema Pengapit (Maid of Honoured) [done]
-Hantar kain ke Tailor (Bj nikah/Tudung) [ done]

DOORGIFT
-doorgift (solemnization)
-Doorgift for guests (reception) [halfway done]

DETAILING
-Bunga pahar
-handbouquet
-Idea of Guestbook Corner
-Idea of Centerpiece
-Idea of Bedroom
-Idea of Corsages
-homestay dua pihak [done]

HANTARAN
#For Him
1.Cincin [DONE]
2.Sireh Junjung
3.Perfume [done]
4.Wallet + Belt [done]
5.Jam [done]
6.Sejadah [done] + tafsir
7. Kek lapis
8. Kek
9. Coklat
10.Handphone
11.buah

#For Her
1.Mas Kahwin+ Wang hantaran
2 Barang kemas [done]
3.Perfume [done]
4.Sireh Junjung
5.telekung+ Sejadah [done]
6.purse [done]
7.Kek
8.Handphone
9.Coklat

[DEC 2011]
-HIV Test
-Ambik borang Nikah
-Jumpa Tok kadi Booking Tarikh dan waktu
-Permohonan untuk Nikah
-Tempat,tarikh dan waktu bernikah
-lagu (reception)
-Kompang & gendang
-Inai
-Guestbook
-photographer
-videographer
-Permohonan kahwin
-Kadi atau imam dan Pejabat Agama Islam
-saksi pernikahan
-Nikah documentation
-Surat akuan bujang
-Serah borang (wali+ Saksi)
-List tetamu

[JAN 2012]
-kad jemputan
-deco hantaran
-diy deco detailing
-fitting baju groom's side

[FEB 2012]

-

[MAC 2012]
- final fitting bride's side
-bedroom detailing
-cari rumah

[APR 2012]
-final fitting groom's side
-invitation : SAVE THE DATE
-cari rumah



mode: cuak

Friday, December 9, 2011

Bangsa-bangsa manusia yang aneh

Aku cerita ni berdasarkan pemerhatian, pengalaman.
Kata la apa pun. Tapi aku nak share jugak pasal manusia yang tak macam manusia.

Ni cerita pasal mintak tolong a.k.a suruh la kan. Suruh bukan dalam konteks memerintahkan.
Orang tu suruh mungkin dia takda kesempatan nak wat sesuatu yang disuruh/mintak tolong tadi.

Bangsa 1 : Kita suruh, dia buat

Buat memang buat, tapi macam melepaskan batuk di tangga la. Macam tak ikhlas. Even keikhlasan menda yang kita tak nampak,
tapi kita bole baca dari riak muka orang tu, cara dia buat apa yang kita suruh.

Bangsa 2 : Kita suruh, dia tak buat

Manusia macam ni ati jenis tebal bersalut kulit buaya. Dah la takmau tolong kan, siap beralasan bagai. Kita mintak tolong sebab dah terang2 tau kelapangan masa dia.

Bangsa 3 : Nak kena suruh baru nak buat

Ni macam jenis tak reti nak buat sendiri kalo kita tak mintak tolong la. Let say kalo cawan atas lantai. Kalo kita tak suruh, memang sampai kita mati idup balik
pun cawan tu kat situ. Sebab bukan cawan dia katanya.

Bangsa 4 : Kita suruh, dia merajuk

Sebab katanya apa yang kita suruh tu macam tego dia buat kerja tak betul.

Aku bukan apa doh wat entry pasal ni. Tapi mungkin kita sendiri dalam golongan tu tapi kita tak sedar.

Ni masa orang dalam kesusahan atau takda kelapangan masa. Sebab tu la kita mintak tolong kan.
Tak pernah fikir pulak bila tiba masa dia susah atau takda kelapangan.

Orang akan cakap, "apa aku kesah. Mak ayah aku ada. Laki/bini/BF/GF aku ada. Setakat sorang takmau tolong, ramai lagi yang boleh tolong"
- Ko ada fikir tak bila dorang dan ko susah dalam masa yang sama dan orang yang sorang tu la pilihan ko.

Mungkin ada orang cakap, "selagi aku tak susahkan orang. Tak mintak/perabis duit ko"
- hey. Ok fine! Ko kaya. Selagi ada duit ko boleh setel semua benda dengan hulur note ada kepala agung tu.
Ingat duit takkan abis gamak eh. Cakap macam orang cop duit.

Tak kurang jugak cakap, "ala..kalo kita tolong dia tah2 dia langsung takmau tolong kita nanti"
- Ini lagi parah. Buat something mintak pembalasan

Kita ni nak hidup dalam masyarakat a.k.a manusia, selagi tulah kita saling memerlukan. Kalo bukan hari ni mungkin esok, mungkin lusa. Takda sapa yang boleh agak.

Tak guna kalo kita pandai ada degree, master kejadah semua, belajar sampai oversea kalo kita setakat terer atas kertas.
Tapi civic manner kita ke laut.

Biarlah orang kata kita bodoh, at least kita tau bawak diri kita dalam masyarakat.
Biarlah kita miskin harta, tapi kita tak buat orang benci kita, kita kaya dengan kasih sayang.

Biarlah orang kata kau masih muda nak menilai kehidupan, tapi kau matang dari segi pemikiran.

Kalau ada lagi manusia macam ni, pikir2lah. Adakah patut ko hidup dalam masyarakat atau patut hidup dalam gua kawan dengan kelawar.

Jangan jadi macam orang yang "Bodoh tak boleh nak diajar, cerdik tak boleh nak tumpang" - useless hidup ko.

Thursday, December 1, 2011

Journey



well said..

Thursday, November 24, 2011

So Cute *entry gedik*

[Mesej-mesej]


Ala, kipas dalam bilik ni rosak lak.
Takpa, nanti abang bagi kipas. Keselesaan sayang keutamaan abang. Ni piagam pelanggan abang khas untuk sayang.
Ada pelanggan lain tak?
Takda :p

Comel~~~~~~~~ *rasa nak cubit pipi

Wednesday, November 23, 2011

Kembara

Weekend ni nak p KK with MR.F.
Tempat dah booked.

Tuesday, November 22, 2011

Dengki

Tett..tett (bunyi msg)

MAMA: Mama odw ke Gambang Waterpark ni. Abah, Ena, Akim ada sekali.

Aku kat opis.
Perf..Bes gila jadi student. Cuti banyak.

Words

What we did before, makes us what we are today

Monday, November 21, 2011

11.11.11 dan 20.11.20.11

Semua orang dok sebok cakap pasal tarikh2 lawa sepertimana yang tercatat pada tajuk di atas.
Aku pun nak cerita jugak apa jadi masa tarikh tu.

11.11.11
Aku dah cederakan kereta MR.F. Sumpah rasa bersalah. Kesian WUN dah luka mama dia buat.

20.11.2011
Kami keluar untuk hantaran hunting. Berbaloi-baloi beli time SALE ni. Save banyak untuk orang bajet :)

Friday, November 18, 2011

YES

15 Nov 2011- 1 Jan 2012


Ok. Yang dinanti sudah tiba. Gift hunting bermula.


Sila beringat untuk belanja dengan berhemah. Jangan main swap saja.


Bila nak beli mesti tanya "Is it really really nessesary?"


Guna konsep menang membeli dan menang memakai.






Tuesday, November 15, 2011

no name

hikhik

Friday, November 4, 2011

Aku dan Denggi

OK. entri ini panjang sebab aku ingat detail peristiwa ini. Takmau baca, sila tekan butang pangkah kat hujung belah kanan window ini.

Dah nak raya haji pun.

Setahun yang lalu aku kena denggi. Betul2 malam raya aku di admit kan masuk wad.
Burn tiket pergi-balik kampung aku + 2 extra tiket adik-adik aku yang nak diangkut lepas raya.
Demyuh nyamuk.

1 minggu sebelum raya haji tu, aku dah stat demam. Jumaat malam. Badan panas tapi aku menggigil. Tak lalu nak makan. Ingat lagi MR.F aku time tu kerja kat Subang, balik kerja lepas OT, singgah bagi bubur nasik sama jus oren kotak sama 100 plus. Itu menu wajib dia untuk aku ketika sakit. Hehe. Suwit sangat. And malam tu aku ingat, housemate aku masak kari ikan. Favourite aku tapi aku loya sangat bau kari tu. Langsung tak sentuh. Makan bubur 2 pun 2-3 suap.


Pagi sabtu bangun, kumur kuar darah. Ingatkan gusi luka cam besa tu. Tapi banyak lak. Macam orang patah gigi. Disebabkan kerabunan yang nyata, tak nampak lak darah tu kaler gelap ka tak gelap. Badan masih ketar-ketar, lemah sangat. Makan muntah. Cirit birit. Malam baru p klinik sebab MR.F aku datang lepas OT lagi. Aku memang tak larat nak drive langsung nak p klinik sendiri.

Doktor cakap demam biasa saja. Time tu memang takda bintik-bintik merah kat badan. Mana nak tau denggi kan.


Ahad pun macam dah kebah la siket tapi masih muntah dan cirit. Isnin pagi p klinik lagi untuk amek MC. Dah lapa 3 ari makan asek muntah, aku try beli susu coklat kotak untuk alas perut. Nasib boleh terima. Beli pisang ngan pisang kaki sekali.

Siang Isnin dah rasa boleh gagah nak menapak. Demam dah surut. Tapi badan still sejuk menggigil. Ingatkan sejuk sebab musim hujan kan.

Malam tu aku kuar ngn MR.F sampai Bangi. Makan nasik kerabu. Order bukan main sebab siang tadi dah tak muntah. Sekali satu suap terus berlari masuk toilet muntah!! Kalah orang pregnant. Siang malam ko muntah.

Sebab fikir kerja banyak tak setel and badan pun dah kebah, aku pun menapak p kerja ari Selasa tu. Sampai opis dalam kol 9 lebih. Time tu aku duk kat hotdesk (takdak cubicle lagi). Bekal susu coklat kotak besar + pisang.

Dekat-dekat kol 10 camtu, teamate aku datang. Dari jauh dia nampak muka aku macam lesu. Apek ni pun cakap "denggi kot, my friend dulu ada kena macam u lah". Aku tak percaya. Aku selak lengan baju dan.....yes..aku nampak bintik-bintik merah. P toilet check, 1 badan. Demyuh lagi sekali ko nyamuk.


Dorang pun teman aku p klinik panel bawah opis ni. Doktor bagi surat reference suh p check darah.

Terus tepon MR.F lagi. Dia pesan suh pack 2 beg; 1 beg masuk wad, 1 beg balik kampung. Dia pun balik amek aku bawak p hospital. Check darah. Tunggu 3 jam untuk result. Time tu dah dekal kol 6 petang.

Sah denggi, nak admit kat hospital panel tu nama aku takda lak dalam list employee. Sebab hr tak reti nak update ikut bulan. Dorang hanya update employee list 1 tahun sekali. Nak kol hr dah lepas opis hour and esok dah start cuti raya haji. Transfer ke HUKM sebab dekat ngan rumah MR.F, senang dia nak ulang alik.

Setel semua hal, dalam kol 10 malam lebih camtu, gerak p HUKM. Lama nunggu. Kat sana dia tak mau refer surat doktor mula2 tu. Dia wat lagi test. Aku masuk dalam kena test lagi sekali. Lama. Bagi katil kat ER tu. Tunggu katil kat wad sampai kol 3 pagi. Sian MR.F. Nak rehat takleh sebab risau tak leh nengok aku dalam ER tu.

Kol 3 pagi baru dapat katil. MR.F tak larat nak balik. Tido tongkat kepala ja kat sebelah.. Suwit lagi.


Kalo demam panas, cepat p check. seksa. bebiruan tangan aku nurse cucuk amek darah tiap ari. Siang,malam,pagi,petang. Drip air berbotol-botol.


Pengalaman aku duk hospital. Bes weh. Rilex ja. Lepas kuar dapat lagi MC 2 minggu.Sapa la nak bagi ko cuti panjang2 camni kan.


Bes denggi sebab boleh makan sup ketam tiap ari dan rehat dari kerja lama sangat :). Muntah, cirit,lemah,gigil,cucuk suma tak bes.




Tips Kecilkan Perut Buncit dengan Self-Hypnosis



Selamat Mencuba!!

..

..

..

..

..




...


.

..


Siot !!

Wednesday, November 2, 2011

haha

sebenarnya haha tu tak maksudkan menda tu kelakar.
lebih pada maksud keji.
dah rasa pandai tapi sebenarnya tak berapa pun.

Monday, October 31, 2011

kesian

ada orang masih tak reti nak bezakan mana yang penting dan mana yang tidak.
perbezaan antara keperluan dan kehendak.
kalo rasa perlu sila buat.
kalo rasa hendak tapi tak berapa penting sila tahan.
sekian.

MOOD CUTI

ada 11 change request nak kena implement tapi aku dah mood nak cuti.

last weekend membuat sesuatu yang seronok. nanti rajin aku cerita

Thursday, October 27, 2011

esaited

mana nak start dulu?
apa yang kena wat dulu?

hikhikhik

Friday, October 7, 2011

Berita Hangat - Belanjawan 2012

Aku tau semua orang tengah tengok tv.
Masa tak kerja dulu aku tak pernah kesah dengan apa yang orang bentang kat tv nun.
Siap bengang apsal mama asek sangat nengok orang baca text sampai ajak borak pun, 'hisss..diam.'

OK. Sekarang dah faham sebab kena hidup dengan menda-menda ni suma

Jangkaan dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanganikossarahidup/Article/
  • Semakan skim saraan, pembayaran bonus atau kenaikan elaun sara hidup (COLA) bagi kira-kira 1.3 juta kakitangan kerajaan.

  • Penurunan cukai pendapatan individu bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

  • Pengumuman peraturan berhubung penetapan gaji minimum. Angka yang dicadangkan persatuan pekerja dan majikan adalah antara RM700 hingga RM1,500.

  • Pengumuman menaikkan umur persaraan bagi kakitangan sektor swasta daripada 55 tahun sehingga kepada 64 tahun

  • Pengurangan duti import ke atas produk makanan tertentu dan kemungkinan liberalisasi import makanan bagi menurunkan harga.

  • Kemungkinan pengenalan setem makanan dan baucar tunai atau kupon bagi pengangkutan awam dan utiliti bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

  • Peningkatan perbelanjaan infrastruktur dan memacukan pelaksanaan kontrak projek awam.

  • Insentif merancakkan sektor pertanian, perkhidmatan serta perusahaan kecil dan sederhana.

  • Liberalisasi seterusnya sektor perkhidmatan utama serta insentif tambahan untuk sektor ekonomi utama termasuk minyak dan gas, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan profesional.

  • Penswastaan atau penyenaraian syarikat milik kerajaan di pasaran saham.
Dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MenjelangBelanjawan2012__Tunggupengumumangembira_/Article

KUALA LUMPUR: Golongan ‘miskin bandar’ yang berpendapatan sekitar RM3,000 berharap ada khabar gembira bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 petang ini bagi membantu mereka keluar daripada lingkungan miskin bandar.
.....

Pekerja swasta, Azmi Idris, 40, berkata pendapatan isi rumah sekitar RM3,000 adalah tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan di ibu kota sekiranya tidak ada bantuan ataupun insentif daripada kerajaan, terutama bagi mengurus pendidikan anak.

Jadi jangan perasan kaya kalo gaji takat rm 3k. Itu adalah cukup makan.
Sila cari keja lain ataupun buat MLM.

Dari pandangan aku lak, memang gaji 3-4 ribu ni tak cukup doh dok kat bandar. Nak kata miskin, agakla, sesak la jugak kan. And aku rasa kalo 5k pun belum cukup.

Dengan harga barang-barang melambung, harga sewa beli rumah/hartanah makin naik, minyak osah cerita lagi, tol etc.

Ponin eden.
Mana lagi nak bayar itu ini, saving jugak penting, insuran bagai.
Untuk makan tak kesah, itu sebabnya badan makin berkembang pesat.

Masa lunch tadi ada la sembang2 pasal bajet ni.
Sampai satu tahap, ada sorang hamba Allah cakap "mana ada miskin kalo gaji 3k, boleh pakai hp mahal, ada kereta,sewa apartment/flat. Ada lagi orang miskin sewa rumah papan"

Konsep kat sini keperluan dan kehendak.
Personally, hp satu keperluan. HP canggih adalah kehendak. Bagi aku cukup takat dapat msg n call,set alarm etc. Basic thing sudah. And yes aku pakai hp macam student (i mean student dulu, bukan student sekarang). Lepas kejadian hp hilang aritu (sesapa baca boleh la msg aku kt fb bagi no tepon) ada jugak teringin nak beli hp baru a.k.a canggih bak kata adik aku sesuai untuk orang yang bekerjaya. Tapi lepas fikir-fikir, ada lagi menda penting yang aku nak buat dengan duit yang ada. Aku ni jenis kedepan sikit bab-bab ni.

Pada orang memang nampak berkira, kedekut. Tapi pada aku, baik aku sediakan payung sebelum hujan.

Bab sewa apartment/flat dan bukan rumah papan. Aku rasa rumah papan a.k.a rumah bawah atas tanah lagi mahal.

Bab kereta, keperluan bagi aku. Kereta aku guna untuk p kerja, aku tak merendek sebab aku homey type. Lagi suka duk rumah.

Orang lain saving nak beli rim la, hp la, tukar kereta la, bercuti la.
Aku saving nak kawen(mesti), beli rumah, invesment, anak-anak serta hari tua.

Tukar rim; tak payah kot. Tukar HP; tunggu bonus.Tukar Kereta; target lagi 3 tahun, pakai dulu kereta ni. Bercuti; dah allocate dalam bajet monthly.

Bagi aku (banyak pulak bagi aku), an aldult comes with high responsibilities and commitment.

OK. Habis bebel

Thursday, October 6, 2011

Angka Kecil

InsyaAllah

7

Tuesday, September 27, 2011

Sepatah Dua Kata

Alamak..tak lama dah

(4 kata)

Friday, May 20, 2011

Memang Mulut Digunakan Untuk Bercakap

Aku tau tu..budak kecik pun tau.
Tapi yang aku hangin, cakap tak serupa bikin.

1. jangan beli penyapu ni, keras. nanti sakit belakang-dekat 1 tahun, boleh kira berapa kali pegang pun penyapu lembut
2. basuh la dulu apa yang patut. nanti aku bukak paip bawah sink tu cuci- sampai sudah tak jugak
3. aku beli baldi kecik, bia rajin basuh baju. takla tinggi menggunung- dah ada mesin basuh pun masih jugak baju kotor tinggi tak berbasuh
4. aku beli tepung goreng ni, nanti boleh la buat ayam goreng macam makcik aku buat- tak jugak berbuat
5. aku dah cuba berubah jadi lebih baik, tapi orang tak percaya- sebab tak nampak perubahan
6. upload gambar kawan masak -apsal ko tak masak?
7. Kawan aku masa praktikal dia cakap aku ini, aku itu - sekarang dah tau apsal dia cakap camtu?

Jadinya, memang korang boleh guna mulut untuk bercakap tapi sila cakap serupa bikin sikit.
Mulut untuk cakap
Otak dan akal untuk berfikir
Hati untuk dijaga
Fizikal untuk melaksana

Dah ni nanti nak melonjak ke alam baru, pakai la otak sama kalau nak buat apa-apa.

p.s: aku support minggu depan dan minggu lagi satu.tahniah la

Wednesday, April 27, 2011

Suku Abad

OK. Tepat jam ni aku dah genap suku abad.
Takda banyak beza sebab aku rasa umur ini macam hari biasa cuma sudah bertambah satu.
Makin bertambah umur makin tinggi tanggungjawab, makin banyak tugas,makin cantik,makin jelita. Ehehe.. =)



Gambar budak mintak sekeh perli umur aku!!

Tengok tak entry ala-ala gedik kat bawah.. Konon-konon teaser filem. Chait! Hahah.

Sebenarnya MR.F kesayangan dah bagi hadiah in advance weekend aritu :)
Belanja p spa dengan urutan bercoklat. Rasa nak makan coklat tu. Rasa nak tambah waktu urut pun ada. Tapi reti-reti bahasa sebab bukan fulus aku. Hehe..

Abang, tahun depan eh bulan depan nak lagi =p

Layan gambar google kat bawah apa servis tu offer aritu..(sebab apa gambar google: sebab aku kamera NEHI!)

(berendam dalam jakuzi)



(urutan badan disusuli urut cokelat)




(body scrub)

last: mandi steam. berkuap dalam steamer (gambar seperti di bawah)

Korang p la.. Paw laki masing-masing =p

Aku di bawa ke sini:

I Gorgeous Skin & Body Care

Phone: +603 7804 3309 / +6016 335 0608

D-G-25A, Jalan PJU 1/45, Aman Suria Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Kuala Lumpur 47301

Tuesday, April 26, 2011

Ini pulak


=p ~~~

Monday, April 25, 2011

Ari Itu


teaser :p

Friday, April 22, 2011

Ada Bra Yang Taknak Pakai Dah?

JIKA anda tersalah membeli coli atau memiliki himpunan coli yang masih baik dan berkualiti, apa kata serahkan di mana-mana kaunter Xixili bermula 8 sehingga 30 April ini.Langkah itu sebagai menyahut seruan kempen Selamatkan Bumi sempena Program Kitar Semula Coli Green Bosom anjuran jenama pakaian dalam wanita Xixili dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Kempen ini bertujuan mengumpul coli terpakai dan belum digunakan untuk diberikan kepada wanita kurang bernasib baik atau tidak berkemampuan sama ada disebabkan bencana alam atau tinggal di rumah perlindungan.

Thursday, April 21, 2011

Point Of View

Ok. Dah dapat.
1 kali : Membazir
2 kali : Membazir
3 kali : Masih membazir
4 kali : Ada orang nak ka 'attachment' tu
5 kali : Sila sorok kemasaman dan pengeluaran PJK
6 kali : Alah. Bukan aku punya. Takda kena mengena.

Friday, April 8, 2011

MURAH!!Rumah Untuk Dijual

Murah sangat uols...
Siap ada free gift..Kereta tau!!!
Sapa tak mau memang rugi..

House for sale/ rent ….3 bedrooms, 2 bathrooms

Lokasi : Gombak Setia

Hold : Freehold

Availability : 2 units left

Price : RM16,000 + car

Gambar kat bawah..

Wednesday, April 6, 2011

Cik Sha is now 25

CIK SHA DAH BESAR !!!!!!!!!!!!!!!!!



Klik gambar untuk ke link dia ni

Tuesday, April 5, 2011

Segmen: Saya follow sebab....?

Ni cik Mel telah mengetag untuk join segmen ni.. check it out..



Zaman Sekarang Dah Tak Boleh Nak Nilai Luaran Saja

1. Yakuza @ gengster @ Mafia Jepun pun ada hati perut nak menderma. Siapa sangka orang ganas macam ni masih ada nilai kemanusiaan.

TOKYO: Kumpulan mafia Jepun turut membantu ketika negara itu mengalami saat genting akibat gempa bumi dan tsunami 11 Mac lalu apabila turut melakukan tugas sivik yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal.

Kelas Pad

Kelas untuk perempuan umumnya dan lelaki khususnya.

1. Tahukah anda tuala wanita mempunyai banyak saiz?
P: Ya! Ada saiz Slim, Maxi, Long, Maxi Long, Slim Long, Overnight, Extra Maxi Overnight...
L: Tak tahu...

Monthly Cramp!!


Penyakit senggugut (PMS) merupakan himpunan simptom fizikal, psikologi, dan emosi yang berkait dengan kitaran haid wanita. Bagi sesetengah wanita dengan PMS, simptom amat teruk sehingga mereka dianggap melumpuhkan.

Simptom:

Monday, April 4, 2011

current situation:HATE IT


MONDAY BLUES

COUGHING


SNEEZING
MENSTRUAL CRAMP


HATE MY JOB

Thursday, March 31, 2011

Giveaway dari Cuppies-4-You@Kuala Lumpur

STICKY POST. ENTRY BARU KAT BAWAH

***

Giveaway by CUPPIES4YOU

Giveaway prize:
A box of SIX (6) large size Red Velvet Cupcake (RVCC)
for FIVE lucky winners!

So, how to be a winner in this GA? Caranya mudah saja.
  1. Copy & paste (blog ni tak boleh 'right click' - maka anda kena tekan button 'ctrl' dan 'c' serentak untuk copy, kemudian 'ctrl' dan 'v' untuk paste) bermula part *** kat atas ni ke dalam blog anda dan jadikan sebuah sticky post sampai tarikh tutup GA. Bermula 23 Mac 2011 dan akan berakhir pada 31 Mac 2011 tepat jam 11.59 malam. <-- secara tak langsung, GA ni terbuka kepada mereka yang bergelar blogger sajalah
  2. Jangan lupa letak link blog ni http://cuppies4you.blogspot.com ke dalam entry anda.
  3. Letakkan link/URL blog post's anda di dalam comment box entry ini sebagai bukti penyertaan.
  4. LIMA (5) lucky winners akan dipilih secara rawak melalui kaedah cabutan bertuah (kami akan guna sama ada random.org ataupun cabutan nama secara manual).
  5. Pemenang akan diumumkan pada hari Isnin 04 April 2011.
  6. Para pemenang perlu collect hadiah pada hari Sabtu 09 April 2011. <-- ni penting kepada mereka yang nak join ya? Kalau rasa tak boleh nak collect atau wakilkan sesiapa untuk collect hadiah, tak payah le masuk HE HE HE. Bagi chance pada mereka yang betul-betul available untuk collect hadiah pada tarikh yang telah ditetapkan.

***

Pizza Crazee


FAKTA

* Orang-orang Amerika makan lebih kurang 350 slices pizza setiap saat, atau 100 hektar per hari.


Lima Five Lime Limo Limak

Jom jawab tag Cik Niz



Wednesday, March 30, 2011

Giveaway - Saya Nak Rasa Coklat Sweet Cottage




Saya nak rasa Coklat Sweet Cottage yang super sweet and comel...

Sweet Cottage baik hati buat GA
Tag:
Cik Sha
Cik Niz

Friday, March 25, 2011

Shoot /Mel/Syu: Amek ni

Karang ko balik kerja, cek la kat dapur kita yang semakin hari semakin bersih sejak 1 bulan yang lalu. Aku dah watkan kek ni sebelum aku balik semalam. Hebat tak??


Haha..Memang hebat. Kita kan dah ada oven and all tools for baking purpose.

Thursday, March 24, 2011

Siapa Itu Shoot Syuhada dari Whatever Shoot Says

Tajuk blog memang ganas. "Suka ati aku mau cakap apa"

**klik gambar link ke blog budak nih :p
Tapi..hoho..tak la ganas sangat pun.

Tuesday, March 22, 2011

Arini Aku Sakit Tekak

Aku ada tonsil. Tonsil aku kadang-kadang bengkak dan sangat sakit bila dia sakit. Nak telan susah, cakap apatah lagi.

Monday, March 21, 2011

Love Our Earth




At 8.30 PM on Saturday 26 March 2011, lights will switch off around the globe for Earth Hour. This year, when the lights go back on, we want you to think about what you can change in your daily life that will benefit the planet

Thursday, March 17, 2011

Cerita Seram

Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung. So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..

Wednesday, March 16, 2011

0 Downpayment????

Semalam Kosmo Tabloid melaporkan:

"Tawaran pembelian kereta tanpa deposit merupakan antara punca ramai penjawat awam di Malaysia diisytiharkan muflis sejak beberapa tahun kebelakangan ini."

Harini akhbar yang sama jugak cerita:

"
Beli kereta tanpa deposit satu kesalahan - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA)"

Baru-baru ni heboh Skim Rumah Pertamaku

Friday, March 11, 2011

Excited

tunggu jam 1..
lunch date..
malam date dengan Stephen Rahman lak..

Thursday, March 10, 2011

Sedetik Lebih





HIKAYAT Merong Mahawangsa tidak mengecewakan. Memang boleh ditonton. Bukan keterlaluan untuk mengatakan persembahan filem ini setimpal dengan kos pembikinannya yang dianggarkan mencecah RM8 juta.


SINOPSIS

Wednesday, March 9, 2011

Manfaat berjalan kaki

sumber: berita harian

Oleh Siti Nur Almizan Aripin
snur@nstp.com.my



Senaman melangkah laju beri kesan kesihatan serta kecantikan

RAMAI wanita yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos.

Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.
Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa

Ubah->Berubah->Merubah->Perubahan

Mana ada orang yang nak berada di takuk yang sama sampai bila-bila.
Manusia, negara, dunia berubah, memerlukan perubahan.

Zaman dulu manusia hidup dalam hutan, pakai cawat, rumah atas pokok berubah kepada hidup di tempat penempatan manusia tak kira la kat bandar atau kat kampung, dah pakai baju hebat samada bundle, butik, costume order, rumah untuk berteduh.

Monday, March 7, 2011

Kad Kredit #2 (Mengurangkan Caj Kad Magik)

Anda boleh mengelak daripada dikenakan beberapa jenis caj tetapi masih boleh memperolehi kad kredit. Berikut adalah beberapa tip untuk merealisasikannya:

1.Buat perbandingan untuk mendapatkan tawaran yang terbaik. Cari sekiranya terdapat pengecualian yuran tahunan dan yuran penyertaan, sekurang-kurangnya untuk tahun pertama.

2.Jadikan pendahuluan wang tunai melalui kad kredit sebagai pilihan terakhir kerana faedah (caj kewangan) dan fi yang dikenakan adalah sangat tinggi.

Kad Kredit #1 (Caj pada kad magik)

Terdapat pelbagai jenis caj yang anda perlu fahami, termasuklah:

Yuran penyertaan

Pengeluar kad kredit mungkin akan mengenakan yuran yang akan dikenakan sekali sahaja. Yuran ini mungkin berbeza antara satu pengeluar kad kredit dengan yang lain.

Yuran tahunan

Ini adalah yuran sama rata yang perlu dibayar setahun sekali. Anda dikehendaki membayar yuran tersebut walaupun anda tidak pernah menggunakan kad kredit anda. Yuran tahunan biasanya adalah di dalam lingkungan RM60 hingga RM90 untuk kad klasik dan RM130 hingga RM195 untuk kad emas.

Saturday, February 26, 2011

Urban gila dorang ni

Aku memang pelik ngan orang kita ni.
Cakap/eja nak urban abeh.

Saturday, February 19, 2011

Tutorial: Ukur saiz bra (18sx)

Wah...laju ja kalau nampak 18sx kan? Yang belum mumaiyiz tu sila berundur!
Bagi yang berkenaan dengan topik ni saja boleh teruskan bacaan.

Ku cuba meraih oh bintang di angkasa

Apa saja untukmu
Tak ku hiraukan waktu
Katakan saja kan ku laksana
Permaisuri kau bertakhta di jiwa

Friday, February 18, 2011

Harini Birthday Mama saya


Thursday, February 17, 2011

Garis Panduan Pendapatan

Cadangan yang mirip konsep program perumahan rakyat (PPR) yang dikhususkan untuk keluarga berpendapatan kurang RM2,500 sebulan itu dijangka dapat memenuhi keperluan keluarga berpendapatan sederhana pula iaitu antara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan.
Berita Harian 2011/02/11

Monday, February 14, 2011

Cukai Pendapatan dan Zakat Pendapatan

Cukai pendapatan

Cukai pendapatan dikenakan pada pekerja yang memperolehi gaji pokok RM2.5 dan keatas.
Plus elaun yang tak tetap.
Tiap-tiap bulan Potongan Cukai Bulanan (PCB) akan dideduct dari gaji korang. Kiranya kat LHDN tu akan ada akaun korang la..

Sunday, February 13, 2011

kepada yang berkenaan

wey, ko sehat?
mesti tengah happy+berbunga+terbang di awang-awangan?

eh..lagi satu..
betoi ek tarikh tu?
tahniah la ek..
semoga sukses..

nanti ni sampai umah ko ek..

Thursday, February 10, 2011

26 Ways to Slash Taxes (Income Tax)

Contents in the material.

  1. Save for your Children’s Education
  2. File Separate tax returns
  3. Ask your employer to increase your EPF contributions
  4. Change your cash remuneration to cash reimbursement

Friday, January 28, 2011

not very happy fiday

Kuingin marah, melampiaskan tapi kuhanyalah sendiri disini
kerna hatiku kecewa...

ketika itu

walau dekat tetap jauh
walau sama tetap beza
walau senang tetap susah


memusnahkan sesuatu adalah lebih mudah dari membina sesuatu
memelihara dan mempertahankan sesuatu juga bukan mudah

Wednesday, January 26, 2011

Memasuki Alam Kedewasaan



Misi aku sekarang semua long-term punya misi. Short term ada jugak tapi aku lagi prioritize yang long term punya.

Tuesday, January 25, 2011

Saturday, January 22, 2011

aku cinta kepadamu..hanya itu yang ku tahu


If water was a kiss, I'd send you the sea.
If a hug was a leaf, I'd send you a tree.
If love was forever, I'd send you eternity.

Friday, January 21, 2011

Jumaat yang indah..lalalalala~~~

Isk..apa ni?

Saturday, January 15, 2011

Lahirnya seorang Mek

Hepi 24th Birthday Mek

Friday, January 14, 2011

Semasa - Present

Sekarang dah tak keliru..

Sekarang aku nak cerita pasal sekarang.
Sekarang aku kerja as back-end banking support untuk bank.
Pagi kerja, petang balik. Rutin biasa.

Keliru

Aku macam nak update tapi macam tak tau nak update.

Sunday, January 2, 2011

Cerita 2010

DUNIA

1. I-phone4 dilancarkan
2. Arel + Cut Tari + Luna
3. Wikileaks
4. Gunung Merapi
5. Spain menang World Cup
6. Prince william tunang

MALAYSIA