Followers

Tuesday, March 22, 2011

Arini Aku Sakit Tekak

Aku ada tonsil. Tonsil aku kadang-kadang bengkak dan sangat sakit bila dia sakit. Nak telan susah, cakap apatah lagi.


Ni tengah sakit la ni sebab tu aku taip. Kalau tak mesti korang dah dengar aku nak cerita pasal tonsil ni.
Sakit sejak petang semalam lagi. Ingatkan lepas amek ubat terus ok. Tapi bangun pagi tadi still rasa perit. Bangun terus masak bubur nasik makan dengan kicap manis+acar rebung+serunding. Walaupun sakit, makan tak leh tinggai! Dah kompem-kompem kalau kat kedai kuantiti minyak sangat tinggi, kita masak guna kaedah kukus. Oh, lupa. Tadi ada jugak ikan bilis goreng sikit ja.
Lepas melawat klinik panel, doktor tu cakap dah kena bacteria infected. Dia bagi ubat kumur nak bunuh kuman-kuman tersebut. Ni info pasal tonsil. Sah-sah la aku google sebab aku bukan doktor :p

Apakah itu Tonsil?

Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-

1. Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
2. Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
3. Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan. (Ni la aku punya!)

Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?

Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untuk melawan penyakit.


Tanda-tanda

  • Sakit tekak yang tidak hilang dalam beberapa hari
  • Susah nak menelan
  • Demam tinggi
  • Muntah- muntah
  • Letih atau lesu
  • Kesulitan bernafas
  • Berdengkur

**Camni la kot rupa tonsil aku..


No comments: