Followers

Saturday, February 19, 2011

Tutorial: Ukur saiz bra (18sx)

Wah...laju ja kalau nampak 18sx kan? Yang belum mumaiyiz tu sila berundur!
Bagi yang berkenaan dengan topik ni saja boleh teruskan bacaan.


Korang pernah tak rasa gatal @ merah-merah @ melecet sekitar breast? Rasa sesak @ tak selesa? Mesti ada kan? Tak selesa tapi still kena pakai jugak.

Nak beli bra dah terang-terang tak boleh p test kat fitting room mahupun luar fitting room. Ada yang malu nak beli. siap suruh amoi kat kedai tu carikan.“Saya nak bra ukuran 34C pattern ni.Cepat sikit saya malu ni ramai orang tengok. Amek 3 color!”

Nama sahaja perempuan. Tapi kita sendiri tak tahu apa itu 34B, 36C ABCD blughhh macam mana nak ukur tu? Aku tak tau dah!

1. Mula-mula, amek pita pengukur dan lilit badan tepat di bawah breast. Dekat area tulang rusuk bawah breast itu. Pakai pita yang inci.
2. Kalau ukuran nombor genap, tambahkan 4 inci. Kalau ukuran nombor ganjil, tambahkan 5 inci.
Faham tak? !!!
ukuran lilit badan dekat pita pengukur menunjukkan angka 28, jadi nanti cari bra ukuran 32.
(28+4=32)
ukuran lilit badan adalah 29, ukuran bra angka 34.

(29+5=34).

Setel. Sekarang masuk bab cup. Cup tu apa? CAWAN cikgu~~~

Cup ni yang penting ni untuk bagi aset kita dapat bernafas!
Camna nak tau cup A,B,C,D,E.......Z??

1. Cara tetap sama, ukur lilit bahagian paling depan payudara; puting paling menonjol itu.
2. Bundarkan ukuran yang dapat itu kepada nombor genap.
3. Kemudian kira perbezaan dengan angka ukuran lilitan yang kita hitung awal-awal tadi.

Contohnya, ukuran lilitan badan tadi = 28. Ukuran lilitan payudara = 30. Jadi perbezaan ialah 2 inci.


Perbezaan 1 inci = Cup Size A
Perbezaan 2 inci = Cup Size B
Perbezaan 3 inci = Cup Size C
Perbezaan 4 inci = Cup Size D
Perbezaan 5 inci = Pamela Anderson ke ni???

Tips Kesihatan
Jangan pakai bra semasa tidur. Nanti husband marah . Memakai bra sepanjang waktu dapat menyekat aliran darah sekitar payudara dan sekali gus dapat meningkatkan risiko Breast Cancer.

1 comment:

Ana admi said...

mlm elok xyah pki..