Followers

Friday, April 22, 2011

Ada Bra Yang Taknak Pakai Dah?

JIKA anda tersalah membeli coli atau memiliki himpunan coli yang masih baik dan berkualiti, apa kata serahkan di mana-mana kaunter Xixili bermula 8 sehingga 30 April ini.Langkah itu sebagai menyahut seruan kempen Selamatkan Bumi sempena Program Kitar Semula Coli Green Bosom anjuran jenama pakaian dalam wanita Xixili dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat.

Kempen ini bertujuan mengumpul coli terpakai dan belum digunakan untuk diberikan kepada wanita kurang bernasib baik atau tidak berkemampuan sama ada disebabkan bencana alam atau tinggal di rumah perlindungan.

Antara ciri-ciri coli yang boleh dikitar semula termasuk coli yang masih berkeadaan baik seperti gancu dan tali yang masih boleh digunakan, tanpa mengira saiz, corak dan warna.


Menurut Ketua Pengarah Jabatan pembangunan Wanita, Wan Hasmah Wan Mohd, kempen kitar semula coli Green Bosom adalah untuk menggalakkan wanita muda menambah ilmu ketika membeli barangan berkualiti serta mendidik generasi kini mengenai pentingnya menjaga alam sekitar.


Menerusi kempen ini, Xixili berharap semua wanita memahami konsep yang cuba diketengahkan iaitu bukan sekadar membantu wanita kurang bernasib baik tetapi memahami mengenai penjagaan alam sekitar dengan menggunakan barang yang boleh dikitar semula.

“Kebanyakan wanita suka membeli barang yang mereka sendiri tidak perlukan atau membeli ukuran yang salah, daripada disimpan atau dibuang lebih baik didermakan kepada yang memerlukan.

“Bagi mereka yang kurang berkemampuan, membeli coli mungkin satu bebanan disebabkan harganya yang mahal.

“Justeru, pemberian ini dapat mengurangkan masalah kewangan mereka,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Jenama Xixili Intima Sdn Bhd, Joanne Khoo, ketika majlis pelancaran yang diadakan di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada majlis berkenaan, Xixili turut memperkenalkan duta barunya Ratu Malaysia Antarabangsa 2010, Nadia Heng yang turut menyokong kempen ini.

Hadir bersama Professor Datuk Jimmy Choo, Nicolas Giogiou, supermodel Amber Chia, Cassandra Patrick, Chermaine Poo dan Prema Yin.

Sebagai tanda penghargaan setiap coli yang diserahkan di kaunter Xixili akan menerima rebet RM10 apabila membeli coli baru serta beg Selamatkan Bumi daripada Jasa Eco apabila membeli produk bernilai RM100 dan ke atas.




Jom derma untuk selamatkan bumi!!!

UP, up & AWAY!!!!!!!!!!!!!!




sumber: berita harian

1 comment:

Akulah Pak Lan said...

Blogwalking:

selamatkan bumi kita..mari recyle apa yg boleh