Dah nak raya haji pun.
Setahun yang lalu aku kena denggi. Betul2 malam raya aku di admit kan masuk wad.
Burn tiket pergi-balik kampung aku + 2 extra tiket adik-adik aku yang nak diangkut lepas raya.
Demyuh nyamuk.
1 minggu sebelum raya haji tu, aku dah stat demam. Jumaat malam. Badan panas tapi aku menggigil. Tak lalu nak makan. Ingat lagi MR.F aku time tu kerja kat Subang, balik kerja lepas OT, singgah bagi bubur nasik sama jus oren kotak sama 100 plus. Itu menu wajib dia untuk aku ketika sakit. Hehe. Suwit sangat. And malam tu aku ingat, housemate aku masak kari ikan. Favourite aku tapi aku loya sangat bau kari tu. Langsung tak sentuh. Makan bubur 2 pun 2-3 suap.
Pagi sabtu bangun, kumur kuar darah. Ingatkan gusi luka cam besa tu. Tapi banyak lak. Macam orang patah gigi. Disebabkan kerabunan yang nyata, tak nampak lak darah tu kaler gelap ka tak gelap. Badan masih ketar-ketar, lemah sangat. Makan muntah. Cirit birit. Malam baru p klinik sebab MR.F aku datang lepas OT lagi. Aku memang tak larat nak drive langsung nak p klinik sendiri.
Doktor cakap demam biasa saja. Time tu memang takda bintik-bintik merah kat badan. Mana nak tau denggi kan.
Ahad pun macam dah kebah la siket tapi masih muntah dan cirit. Isnin pagi p klinik lagi untuk amek MC. Dah lapa 3 ari makan asek muntah, aku try beli susu coklat kotak untuk alas perut. Nasib boleh terima. Beli pisang ngan pisang kaki sekali.
Siang Isnin dah rasa boleh gagah nak menapak. Demam dah surut. Tapi badan still sejuk menggigil. Ingatkan sejuk sebab musim hujan kan.
Malam tu aku kuar ngn MR.F sampai Bangi. Makan nasik kerabu. Order bukan main sebab siang tadi dah tak muntah. Sekali satu suap terus berlari masuk toilet muntah!! Kalah orang pregnant. Siang malam ko muntah.
Sebab fikir kerja banyak tak setel and badan pun dah kebah, aku pun menapak p kerja ari Selasa tu. Sampai opis dalam kol 9 lebih. Time tu aku duk kat hotdesk (takdak cubicle lagi). Bekal susu coklat kotak besar + pisang.
Dekat-dekat kol 10 camtu, teamate aku datang. Dari jauh dia nampak muka aku macam lesu. Apek ni pun cakap "denggi kot, my friend dulu ada kena macam u lah". Aku tak percaya. Aku selak lengan baju dan.....yes..aku nampak bintik-bintik merah. P toilet check, 1 badan. Demyuh lagi sekali ko nyamuk.
Dorang pun teman aku p klinik panel bawah opis ni. Doktor bagi surat reference suh p check darah.
Terus tepon MR.F lagi. Dia pesan suh pack 2 beg; 1 beg masuk wad, 1 beg balik kampung. Dia pun balik amek aku bawak p hospital. Check darah. Tunggu 3 jam untuk result. Time tu dah dekal kol 6 petang.
Sah denggi, nak admit kat hospital panel tu nama aku takda lak dalam list employee. Sebab hr tak reti nak update ikut bulan. Dorang hanya update employee list 1 tahun sekali. Nak kol hr dah lepas opis hour and esok dah start cuti raya haji. Transfer ke HUKM sebab dekat ngan rumah MR.F, senang dia nak ulang alik.
Setel semua hal, dalam kol 10 malam lebih camtu, gerak p HUKM. Lama nunggu. Kat sana dia tak mau refer surat doktor mula2 tu. Dia wat lagi test. Aku masuk dalam kena test lagi sekali. Lama. Bagi katil kat ER tu. Tunggu katil kat wad sampai kol 3 pagi. Sian MR.F. Nak rehat takleh sebab risau tak leh nengok aku dalam ER tu.
Kol 3 pagi baru dapat katil. MR.F tak larat nak balik. Tido tongkat kepala ja kat sebelah.. Suwit lagi.
Kalo demam panas, cepat p check. seksa. bebiruan tangan aku nurse cucuk amek darah tiap ari. Siang,malam,pagi,petang. Drip air berbotol-botol.
Pengalaman aku duk hospital. Bes weh. Rilex ja. Lepas kuar dapat lagi MC 2 minggu.Sapa la nak bagi ko cuti panjang2 camni kan.
Bes denggi sebab boleh makan sup ketam tiap ari dan rehat dari kerja lama sangat :). Muntah, cirit,lemah,gigil,cucuk suma tak bes.
2 comments:
kenapa sup ketam eh?
rahsia anak dara terbongkar!
ntah la..kalo hasil carian google dia ckp bg selera makan kat pesakit. bagi tambah tenaga.ada jugak cakap bantu hasilkan platlet darah yg hilang
Post a Comment