Followers

Monday, March 7, 2011

Kad Kredit #2 (Mengurangkan Caj Kad Magik)

Anda boleh mengelak daripada dikenakan beberapa jenis caj tetapi masih boleh memperolehi kad kredit. Berikut adalah beberapa tip untuk merealisasikannya:

1.Buat perbandingan untuk mendapatkan tawaran yang terbaik. Cari sekiranya terdapat pengecualian yuran tahunan dan yuran penyertaan, sekurang-kurangnya untuk tahun pertama.

2.Jadikan pendahuluan wang tunai melalui kad kredit sebagai pilihan terakhir kerana faedah (caj kewangan) dan fi yang dikenakan adalah sangat tinggi.



3.Bayar sebelum tarikh akhir penyata anda untuk mengelak daripada membayar faedah dan caj bayaran lewat.

4.Cuba langsaikan semua baki belum jelas untuk mengelak daripada membayar faedah dan ketahui akibat membayar hanya jumlah minimum sepanjang masa.

5.Hadkan jumlah kad kredit yang dimiliki berdasarkan keperluan dan kemampuan membayar balik.

6.Waspada terhadap sebarang perubahan pada dasar dan kadar faedah.

2 comments:

Fazli said...

kad kredit? kalau tak pandai kawal akan makan diri nanti...
lagi satu yang kita kena jaga2 sekarang adalah bayaran melalui ansuran dengan kad kredit...

sheilasherimamohdsabri said...

yep..betoi..kalau nak guna bole tapi kena jadi pengguna yang bijak