walau dekat tetap jauh
walau sama tetap beza
walau senang tetap susah
walau sama tetap beza
walau senang tetap susah
memusnahkan sesuatu adalah lebih mudah dari membina sesuatu
memelihara dan mempertahankan sesuatu juga bukan mudah
kalut aku bukan sahaja letaknya pada kembangnya rambutku
kalut aku juga bukan sahaja letaknya pada kembangnya badanku mahupun pipiku
tapi
kalut aku letaknya pada kembangnya perasaan setiaku
letaknya pada keteguhan janji-janjiku
letaknya pada kata-kataku
letaknya pada kasih sayangku
mungkin aku masih polos pada dunia
mudah percaya pada janji
janji sayang cinta sampai mati
sangkaku jasad mati
namun baru ku tahu hati juga mampu mati
begitu mudah
manusia berjanji
manusia juga memungkiri
terima kasih pada memori walau dalam masa sekejapan ini
terima kasih pada perhubungan ini
terima kasih pada sesiapa yang terlibat secara langsung mahupun berselindung
terima kasih pada keputusan yang 'mampu' menyelesaikan
terima kasih pada perasaan yang kian pudar walau dulu hangat membara
terima kasih pada insan yang menabur thumbnail dalam kehidupan
terima kasih pada alasan
terima kasih pada kenangan
terima kasih pada janji
terima kasih pada perbincangan yang matang
andai kata sepanjang perjalanan ini
aku telah menabur nista
berbuat dusta
maafkan aku
hajatku memulihkan
hasilku pengakhiran
Agar bisa pulih semua - mungkin masih ada harapan, namun aku tidak pasti
itu pun jika masih ada yang kisah
walau dekat tetap jauh - kini jauh
walau sama tetap beza - kini beza
walau senang tetap susah - kini susah
walau sama tetap beza - kini beza
walau senang tetap susah - kini susah
p.s: aku pasti ini bukan keputusan 1 malam. signifikasi "dunia belum berakhir"- 2-3 bulan sudah rasanya
No comments:
Post a Comment