Followers

Monday, October 31, 2011

kesian

ada orang masih tak reti nak bezakan mana yang penting dan mana yang tidak.
perbezaan antara keperluan dan kehendak.
kalo rasa perlu sila buat.
kalo rasa hendak tapi tak berapa penting sila tahan.
sekian.

MOOD CUTI

ada 11 change request nak kena implement tapi aku dah mood nak cuti.

last weekend membuat sesuatu yang seronok. nanti rajin aku cerita

Thursday, October 27, 2011

esaited

mana nak start dulu?
apa yang kena wat dulu?

hikhikhik

Friday, October 7, 2011

Berita Hangat - Belanjawan 2012

Aku tau semua orang tengah tengok tv.
Masa tak kerja dulu aku tak pernah kesah dengan apa yang orang bentang kat tv nun.
Siap bengang apsal mama asek sangat nengok orang baca text sampai ajak borak pun, 'hisss..diam.'

OK. Sekarang dah faham sebab kena hidup dengan menda-menda ni suma

Jangkaan dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Tanganikossarahidup/Article/
  • Semakan skim saraan, pembayaran bonus atau kenaikan elaun sara hidup (COLA) bagi kira-kira 1.3 juta kakitangan kerajaan.

  • Penurunan cukai pendapatan individu bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

  • Pengumuman peraturan berhubung penetapan gaji minimum. Angka yang dicadangkan persatuan pekerja dan majikan adalah antara RM700 hingga RM1,500.

  • Pengumuman menaikkan umur persaraan bagi kakitangan sektor swasta daripada 55 tahun sehingga kepada 64 tahun

  • Pengurangan duti import ke atas produk makanan tertentu dan kemungkinan liberalisasi import makanan bagi menurunkan harga.

  • Kemungkinan pengenalan setem makanan dan baucar tunai atau kupon bagi pengangkutan awam dan utiliti bagi isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah.

  • Peningkatan perbelanjaan infrastruktur dan memacukan pelaksanaan kontrak projek awam.

  • Insentif merancakkan sektor pertanian, perkhidmatan serta perusahaan kecil dan sederhana.

  • Liberalisasi seterusnya sektor perkhidmatan utama serta insentif tambahan untuk sektor ekonomi utama termasuk minyak dan gas, perkhidmatan kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan profesional.

  • Penswastaan atau penyenaraian syarikat milik kerajaan di pasaran saham.
Dari http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MenjelangBelanjawan2012__Tunggupengumumangembira_/Article

KUALA LUMPUR: Golongan ‘miskin bandar’ yang berpendapatan sekitar RM3,000 berharap ada khabar gembira bakal diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan 2012 petang ini bagi membantu mereka keluar daripada lingkungan miskin bandar.
.....

Pekerja swasta, Azmi Idris, 40, berkata pendapatan isi rumah sekitar RM3,000 adalah tidak mencukupi untuk menampung kos kehidupan di ibu kota sekiranya tidak ada bantuan ataupun insentif daripada kerajaan, terutama bagi mengurus pendidikan anak.

Jadi jangan perasan kaya kalo gaji takat rm 3k. Itu adalah cukup makan.
Sila cari keja lain ataupun buat MLM.

Dari pandangan aku lak, memang gaji 3-4 ribu ni tak cukup doh dok kat bandar. Nak kata miskin, agakla, sesak la jugak kan. And aku rasa kalo 5k pun belum cukup.

Dengan harga barang-barang melambung, harga sewa beli rumah/hartanah makin naik, minyak osah cerita lagi, tol etc.

Ponin eden.
Mana lagi nak bayar itu ini, saving jugak penting, insuran bagai.
Untuk makan tak kesah, itu sebabnya badan makin berkembang pesat.

Masa lunch tadi ada la sembang2 pasal bajet ni.
Sampai satu tahap, ada sorang hamba Allah cakap "mana ada miskin kalo gaji 3k, boleh pakai hp mahal, ada kereta,sewa apartment/flat. Ada lagi orang miskin sewa rumah papan"

Konsep kat sini keperluan dan kehendak.
Personally, hp satu keperluan. HP canggih adalah kehendak. Bagi aku cukup takat dapat msg n call,set alarm etc. Basic thing sudah. And yes aku pakai hp macam student (i mean student dulu, bukan student sekarang). Lepas kejadian hp hilang aritu (sesapa baca boleh la msg aku kt fb bagi no tepon) ada jugak teringin nak beli hp baru a.k.a canggih bak kata adik aku sesuai untuk orang yang bekerjaya. Tapi lepas fikir-fikir, ada lagi menda penting yang aku nak buat dengan duit yang ada. Aku ni jenis kedepan sikit bab-bab ni.

Pada orang memang nampak berkira, kedekut. Tapi pada aku, baik aku sediakan payung sebelum hujan.

Bab sewa apartment/flat dan bukan rumah papan. Aku rasa rumah papan a.k.a rumah bawah atas tanah lagi mahal.

Bab kereta, keperluan bagi aku. Kereta aku guna untuk p kerja, aku tak merendek sebab aku homey type. Lagi suka duk rumah.

Orang lain saving nak beli rim la, hp la, tukar kereta la, bercuti la.
Aku saving nak kawen(mesti), beli rumah, invesment, anak-anak serta hari tua.

Tukar rim; tak payah kot. Tukar HP; tunggu bonus.Tukar Kereta; target lagi 3 tahun, pakai dulu kereta ni. Bercuti; dah allocate dalam bajet monthly.

Bagi aku (banyak pulak bagi aku), an aldult comes with high responsibilities and commitment.

OK. Habis bebel

Thursday, October 6, 2011

Angka Kecil

InsyaAllah

7